Saturday, January 8, 2011

APABILA LELAKI KEHILANGAN TULANG RUSUKNYA

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI   : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI   : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti)

Kamu, tulang rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang
rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi
merasakan sakit di hatinya…

 Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk
sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan
masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi
membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan
cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai
menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA
lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak
cintakan saya lagi !!”.

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga
berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang
rusukku !!”




Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang
telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air
mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad
untuk berpisah. “Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi
Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.


Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi
sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana
banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah
dinding pembatas.




LELAKI   : Apa khabar?
WANITA: Baik… Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI  : Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.




WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal..”
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang
korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan
kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah
kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia
patahkan.






Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.
Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang
dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah
terlambat…

Kerana itu,  jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh
hati. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata
yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan
menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar
risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan
akibat yang akan diterima?




Saturday, January 1, 2011

HAPPY BIRTHDAY BABY GIRL....!!!



PUN PUN PON PON PIUT PIUT PREEPPPPPPPPPP
(dan bermcm2 lg siulan belon kedengaran)
juz xde percikan bunga api jer...hehe....suara anak2 kecil lari berkejaran...
tiup lilin...potong kek 3 tingkat..pki topi mcm santa claus berjurai2....
pki gaun..dpt byk hadiah...kissing with my parents...so sweet....
tp tu sume dulu...14years ago...i like that memories...(senyuman terukir)

I was born on the 2nd Jan 1989 at Hospital Washington...upss..tershashul pulak...
at Perak laa...hahahaahahahahahaha.....
date yg sgt secocok bt diriku...
berzodiakan Capricorn...n aku suke gunekan word 'Capri' dlm urusan kerjaku....
at least nmpk la aku hargai bintangku....bulan??
bulan xde...bulan muncul time mlm...cantik...

kini,aku telah menjangkau usia 22tahun...da besar anak bongsu makayah ni kan....
tp masih tido ngan mak...hehe....mak yg ajak taw..aku pun x kisah la...
bila usia makin meningkat ni,mcm2 yg aku pk tuk majukan diri...
aku merasakan byk tanggungjawab yg perlu aku pikul...
byk masa yg perlu aku korbankan....
byk tenaga perlu aku kerahkan...
byk jasa perlu aku sumbangkan....
byk duit perlu aku laburkan....
ini semua adalah dugaan yg perlu aku tempuh dlm meniti alam dewasa...

HADIAH????
aku xperlu kan hadiah yg mahal2....cukuplah sekadar u all bg i KEYCHAIN....
sbb u all pn tahukan yg sy akan smpn keychain hnye org beri kpd sy...hik3...
alaa sekadar ucapan tanda u all ingt tarih bermakne dlm idup sy pun dah ok..
azza x kisah pun...

AZAM : ingin menghakis kedegilan di tubuhku....haha


Friday, December 31, 2010

GOODBYE 2010....=(...=)

huwaaaaa......2010 makin menghilang...!!!
terharu,terkilan,terketawa,tersedih.termerapu,terlampau,tergedik,tersopan,terayu
dan bermacam2 'ter' telah aku harungi...
ader yg ak telah capai dan belum aku capai lg..
ish not fair la mcm neh...
kalau diizinkan,aku x mahu 2010 itu berlalu begitu saje...
AKU TAK RELA MELEPASKANMU.....
fahamilah rintihanku ini....
dr 1.1.2010 - 31.12.2010 ape yg aku dpt...??
adakah semua impian aku tercapai..???
fikirkan sejenak....renung2kan...
masyaAllah...not yet already...so sad...
yg dah tercapai tu Alhamdulillah....

Setelah 3tahun aku bertungkus lumus,berhempas pulas,liuk piuk ngan buku...
finally 5.8.2010 genggamlah aku segulung Diploma Kewangan...
dgn megahnye aku melangkah dgn lirikan yg sgt manis...mencapai dan terus menuruni anak2
tangga yg sedikit tu...aku menoleh kpd ayahanda n bonda yg selama ni menjadi
tulang belakang aku yg sgt cemerlang...A+ adik bg kt makayah ok...muah!

pastu aku dapat keje yg sgt dkt ngan umah....bole pegi lmbt2...org lain grk umah pukul6..6.30..
tp aku grk dr umah kul7.05...perhh lmbt giler...rileks laa..masuk keje 7.40...gelabah la u all neh...haha
dah hampir 5bln aku berada di sana...not bad laa...sume keje penat....
syukur la ngan ape yg kita dapat kan....

pastu kan...aku dapat kekasih plak....sape kekasihku..???upss...
yg selama ni byk beri nasihat yg memberangsangkan kt aku...tp biasa la...
kdg2 aku degil sikit...amek 38% je dr nsht dier...keh3...yg lain aku ikut nasihat family...yg bakinye kawan2 laaa.....
miss him...pasni lame x jumpe dier...sbb die da smbg blaja...keje lg...
DUGAAN....=(

haaaa pe yg impian x tercapai lg tu ye..???
ermmm hope akan tercapai tahun 2011 nnt...INSYAALLAH....
yg pntg aku kena byk berusaha,,
aku kena buang habit yg suka bt keje last minit tuh...ish...not good...
Amin....





Thursday, December 30, 2010

berSPEK vs berLENS..????

sometimes kita cuba lari solan2 cepumas yg org lain ingin tanye kan kpd kita....
begitu juga diriku...ntah solan merapu mne ntah diorg curi pn ak x tahu....RIMAS!!!
SAKIT KEPALA OTAK!!!
malas nk jwb pn ader gak....
tp nnt diorg kate ak penakut...ISH!!
HOW DARE U ea....

azza berSPEC ok ke or azza berLENS ok..?????
apa pendapat korg??
lets sharing together...

BILA AZZA BERPEC....
statment pertama : azza,ko nmpk bijak la bile berkacamata...
statment kedua : azza,ko nmpk lg manis la bila pki spec...
statment ketiga : kak,akak nmpk matured la...(smbil mendendangkan lagu buatku)jiwang tul..
statment keempat : wahhhh spec baru ker?cntik....haha

BILA AZZA BERLENS..
statment pertama : ko ni suka bertukar2 lens ek..bagus ke tuk mate??
statment kedua : anak mata azza nmpk besar la pki lens ni..cntk mata azza...
statment ketiga : better ko pki spec dr lens...bkn bgs sgt pn pki lens tiap2 hr..
statment keempat : azza sbnrnnye cntik berlens tp lg cntik bile berpec..azza sweet..t mesti rmi ngorat azza...(wah!kesitu plak pandangan korg)

ermmmm rmi betul yg komen ku bile pki spec n lens...slh ker???ish!!
tp aku lg suke statment bespec..keh3...
which one??berSPEC or berLENS??????
PLIZ SOLVE MY PROBLEM....
ngah dilema neh..
tp rimas la pki spec...
lens sng...masuk je dlm mate pastu terang...haha...


mcm kartun jer...tp cun gak aku kan...hehe

perhhhh lagi cun...patut la rmi jejaka gilerkan aku....(giler perasan)





BAHAYA TELEFON LIPAT!!!

CEPAT2 TUKAR PHONE 
   

Kepada sesiapa yang mempunyai anak anak kecil sila ambil perhatian. Telefon bimbit bukanlah alat permainan. Telefon jenis lipat ini sungguh bahaya. 
Baru baru ini satu kemalangan kecil telah berlaku menyebabkan satu lorong taman perumahan menjadi kecoh. Elakkan daripada berulang, malang tak berbau, celaka jangan diundang. Sila sebarkan. 



haaaa ni lg bahaya.....


Monday, December 27, 2010

UBAT BATUK DAN SELSEMA KITA RUPANYA BERBAHAYA

(Mesej asal oleh Dato’ Dr Jemilah Mahmood, Hospital Gleanagles) 
  
Kepada Semua, Luangkan masa untuk menghantar mesej ini atau mengedar risalah ini kepada orang yang disayangi, keluarga dan rakan-rakan. Cetakkannya dan letakkan di pejabat agar boleh dibaca oleh semua.. 
  
PERHATIAN!!! SILA BACA DENGAN TELITI DEMI ANAK-ANAK ANDA DAN ORANG LAIN YANG ANDA KASIHI! 
  
Kesemua ubat yang mengandungi PHENYLPROPANOLAMINE sedang ditarik balik. Anda boleh menghubungi nombor 800 yang tersenarai di semua kotak ubat dan bertanyakan tentang bayaran balik. Sila baca dengan TELITI, kerana sesetengah daripada anda menggunakan ubat-ubat ini (salah satunya ialah Alka Seltzer Plus). BERHENTI MENGAMBIL sebarang ubat yang mengandungi PHENYLPROPANOLAMINE . Ia didapati berkait rapat dengan pertumbuhan hemorrhagic stroke (pendarahan otak) di kalangan wanita berumur 18-49 dalam masa tiga hari selepas mengambilnya. Masalah tersebut belum dikesan untuk lelaki, tetapi FDA menyarankan setiap orang (termasuk kanak-kanak) mencari alternatif lain. 
  
UBAT-UBATAN BERIKUT MENGANDUNGI PHENYLPROPANOLAMINE : 
Acutrim Diet Gum Appetite Suppressant Plus Dietary Supplements Acutrim Maximum Strength Appetite Control Alka-Seltzer Plus Children’s Cold Medicine Effervescent Alka-Seltzer Plus Cold medicine (perasa ceri atau oren) Alka-Seltzer Plus Cold ! Medicine Original Alka-Seltzer Plus Cold & Cough Medicine Effervescent Alka-Seltzer Plus Cold & Flu Medicine Effervescent Alka-Seltzer Plus Cold & Sinus Effervescent Alka Seltzer Plus Night-Time Cold Medicine Effervescent BC Allergy Sinus Cold Powder BC Sinus Cold Powder Comtrex Deep Chest Cold & Congestion Relief Comtrex Flu Therapy & Fever Relief Day & Night Contac 12-Hour Cold Capsules Contac 12 Hour Caplets Coricidin D Cold, Flu & Sinus Dexatrim Caffeine Free Dexatrim Extended Duration Dexatrim Gelcaps Dexatrim Vitamin C/Caffeine Free Dimetapp Cold & Allergy Chewable Tablets Dimetapp Cold & Cough Liqui-Gels Dimetapp DM Cold & Cough Elixir Dimetapp Elixir Dimetapp 4 Hour Liquid Gels Dimetapp 4 Hour Tablets Dimetapp 12 Hour Extentabs Tablets Naldecon DX Pediatric Drops Tavist-D 12 Hour Relief of Sinus & Nasal Congestion Triaminic DM Cough Relief Triaminic Expectorant Chest & Head Congestion Triaminic Syrup Cold & Allergy Triaminic Triaminicol Cold & Cough 
  
Adalah difahamkan pihak pengeluar Triaminic dengan secara sukarela menarik semula ubatan berikut kerana mengandungi campuran yang menyebabkan stroke dan serangan mengejut kepada kanak-kanak : Orange 3D Cold & Allergy Cherry (merah jambu) 3D Cold & Cough Berry 3D Cough Relief Yellow 3D Expectorant Hubungi mereka di nombor 1-800-548-3708 dengan menyatakan nombor lot pada kotak untuk membolehkan mereka menguruskan pemulangan ubat tersebut dan mereka akan memberikan bayaran balik kepada anda. 
  
Jika anda mengenali sesiapa yang mempunyai anak kecil, SILA BERIKAN RISALAH INI. INI ADALAH SESUATU YANG SERIUS. EDARKANNYA KEPADA SEMUA ORANG YANG ANDA KENALI AGAR MEREKA BOLEH MENGAMBIL LANGKAH SEWAJARNYA UNTUK MENGELAK TRAGEDI KEPADA MEREKA. 

wallahualam~

Saturday, December 25, 2010

PERPISAHAN

Perpisahan seringkali mendatangkan kesedihan yang mendalam. Apalagi jika kita akan meninggalkan atau ditinggalkan oleh orang-orang yang kita cintai.
Ada perasaan berat, sedih, bahkan tidak sedikit yang putus asa. Beberapa orang yang mengalami kepedihan ini kadang menuangkannya dalam bait-baitpuisi perpisahan.



Perpisahan seringkali mendatangkan kesedihan yang mendalam. 
         Apalagi jika kita akan meninggalkan atau ditinggalkan oleh orang-orang yang kita cintai.
                  Ada perasaan berat, sedih, bahkan tidak sedikit yang putus asa.
                                  Beberapa orang yang mengalami kepedihan ini kadang
                                              menuangkannya dalam bait-baitpuisi perpisahan.

Bagaimana mungkin
Mentari berkabung dalam selimut gelap
Sedang tak satupun angin bersenandung
Ratap perih menggema dalam kotak sunyi berduri
Ingin pergi
Ingin lalui
Namun tak satupun kuda hendak bergeming
Hanya diam
Tak bicara


Perpisahan adalah kepastian
Waktu berjalan, tak bisa di mundurkan
Berjalan pelan, tak bisa dimajukan

Kematian adalah keniscayaan
Tak bisa di tolak, tatkala ia datang
Tak bisa diminta, takala hidup bosan

Perpisahan...oh...kepastian
Kematian...oh...keniscayaan
Janji tuhan, pasti datang
Hari akhir adalah janji tuhan
Tak mengerti, waktunya kapan datang
Tak tahu diterima, nikmat atau siksaan
Perpisahan adalah kepastian
Kematian adalah keniscayaan



ORANG ACEH SEDANG SEMBAHYANG,
HARI JUMAAT TENGAH HARI,
PERGILAH KASIH PERGILAH SAYANG,
PANDAI-PANDAI MENJAGA DIRI.